Skip to main content

#Novel _ Imunisasi / AntiVax


Rujukan

Petang itu dia mempunyai beberapa temujanji, dan antaranya adalah pertemuan dengan sepasang ibu bapa muda yang menolak vaksin untuk diberikan kepada anak mereka. Berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI) daripada WHO, vaksin yang diperkenalkan bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Kesihatan melalui Program Imunisasi Kebangsaan telah mewajibkan kepada setiap bayi yang baru lahir mesti dicucuk dengan vaksin sehinggalah mereka berumur  15 tahun. Setiap kali vaksinasi pula mempunyai tempoh-temoh yang tertentu.
Kehadiran pasangan itu ke ruang biliknya dialu-alukan dengan senyuman. Alif Hakimi mempersilakan tamunya untuk duduk.
‘Tahukah kenapa Encik Elias dan Puan Marisa diminta hadir hari ini?’ Alif Hakimi cuba untuk menjelaskan tujuan utama perbincangan mereka pada hari ini.
Encik Elias mengangguk. Alif Hakimi hanya tersenyum.
‘Boleh saya tahu, apa pandangan Encik Elias terhadap vaksin? Encik Elias boleh kongsikan pada saya, ‘Alif Hakimi memberi peluang kepadanya untuk melontarkan hujah. Pada minggu lepas, dia mendapat laporan mengenai kes di mana si bapa menolak untuk anaknya diberi suntikan BCG, sejurus bayinya lahir. BCG (Bacille Calmate et Guerrin) ialah suntikan yang mengandungi kuman Tubercule Barcillus yang tidak aktif dan tidak merbahaya. Vaksin ini akan disuntik secara interdermal ke dalam kulit bayi sejurus dilahirkan untuk mengelakkan risiko bayi terkena jangkitan TB pulmonary (paru-paru) atau TB meningitis (selaput otak).
‘Pada pendapat saya, suntikan vaksin adalah sudah tidak relevan lagi dalam zaman kita yang dah bebas pun dari penyakit berjangkit tu semua. Era zaman penyakit berjangkit tu semua dah berlalu, jadi apa guna doktor nak bagi vaksin pada anak saya? Lagipun, kalau vaksin diberi kepada anak saya, bukan manfaat yang dia dapat, tapi mungkin mudarat yang dia dapat. Saya tak nak anak saya cacat sebab vaksin’ Encik Elias melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya.
Si isteri di sebelah hanya mampu menundukkan wajah. Tanda setuju atau hanya menurut pandangan suaminya itu, Alif Hakimi masih mencari jawapan.
‘Macam mana Encik Elias yakin yang dunia sekarang sudah terlepas dari wabak penyakit berjangkit yang Encik Elias katakan tadi? Ada kajian yang Encik Elias lakukan?’ Alif Hakimi membuka soalan.
‘Setakat ni saya tidak lagi membuat kajian, tapi saya tidak pernah mendengar lagi sebarang kes di negara kita sehingga hari ni yang menyebabkan kematian akibat tidak menerima vaksin,’
Alif Hakimi memandang bapa muda dihadapannya. Dari cara pemakaian menunjukkan dia bukanlah seorang yang tidak berpelajaran. Namun, ada sedikit kedangkalan dari sudut untuk memahami isu semasa global dari perspektif berbeza.
‘Encik Elias, sekiranya saya bentangkan pada encik statistik kes yang saya pernah temui dalam membuat rawatan kepada pesakit kanak-kanak, mungkin encik pun akan terkejut nanti. Encik Elias tahu tak, negara seperti Pakistan, Nigeria dan Afghanistan adalah negara yang masih berada dalam kemelut untuk bebas dari penyakit berjangkit ini?
Pemuda itu dilihat hanya mengerutkan dahi.
‘Dan Encik Elias tahu tak apa risiko yang boleh kita, di Malaysia bakal hadapi sekiranya kita sebagai ibu bapa bertindak sewenang-wenangnya untuk memilih tidak memberi vaksin kepada anak kita?
Cuba bayangkan, dalam satu komuniti yang mempunyai 100 orang, dan 90% daripadanya telah divaksinasikan. Dan satu lagi kelompok yang mempunya 100 orang, namun hanya 40% sahaja yang berjaya divaksinasi. Encik Elias rasa, komuniti mana yang mudah dijangkiti penyakit? Yang mana akan lebih terdedah kepada risiko?
Encik Elias dilihat mula merenung jauh.
‘Bukan apa doktor, saya tak nak anak saya dapat kesan sampingan seperti yang kawan anak saya dapat. Sampai sekarang, selepas anaknya divaksin, tangannya terus tak dapat digerakkan. Saya tak mahu anak saya pun jadi macam itu. Ditambah pula ada yang mengatakan sekiranya divaksin nanti, anak boleh mendapat autisme. Betulkah sebegitu doktor?’
Alif Hakimi menarik nafas dalam. Kesamaran dan kekhuatiran yang ada pada kotak fikiran si bapa ini perlu dileraikan satu persatu.
‘Anak kepada kawan yang Encik Elias sebutkan tadi, mungkin telah mengalami AEFI (Adverse Event Following Immunisation), iaitu kesan sampingan yang mungkin disebabkan imunisasi. Tapi, itu hanya kemungkinan, kadang-kadang banyak juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada faktor sakit itu tadi. Berdasarkan kajian, setiap vaksin yang disuntik kepada 10,000 kanak-kanak, hanya 1 akan mengalami kesan sampingan yang jarang berlaku. Bukan kepada majoriti yang menerima vaksin. Dalam kes ini, adilkah Encik Elias untuk menilai vaksin itu memberi kesan buruk selepas hanya melihat satu kes kesan sampingan? Sedangkan, kesan baik vaksin itu sendiri memberi manfaat menyeluruh kepada satu komuniti yang lain.
Satu lagi persoalan Encik Elias mengenai adakah vaksin boleh menyebabkan autisme. Saya dengan tegas menolak mitos rekaan ini. Banyak kajian yang telah dilakukan, menunjukkan tiada angka yang signifikan yang menunjukkan kanan-kanak yang menerima vaksin Polio dan kanak-kanak yang tidak menerima vaksin Polio ini mendapat autisme. Fakta rekaan ini telah pun disangkal berdekad yang lalu, hairan saya mengapa masih ada lagi yang mempercayai. Mungkin Encik Elias tidak berjumpa dengan saluran yang betul untuk memastikan kesahihan berita ini.’
Encik Elias mengangguk faham, tanda dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu.
‘Tapi doktor, saya masih ada kebebasan kan untuk memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak saya? Kita kan negara demokrasi, ada hak bersuara’ kata Encik Elias masih cuba untuk tidak berganjak dari keputusannya.
‘Kenapa tak nak, kalau lagi banyak manfaat yang Encik Elias dan keluarga boleh dapat daripada pencegahan awal sebegini?’ Alif Hakimi bersoal jawab semula.
‘Seprti saya katakan tadi, saya ada kebebasan untuk memilih. Kalaupun anak saya tidak divaksin, anak orang lain dah pun divaksin. Kenapa saya nak risau pula?’ Encik Elias seolah-olah cuba untuk memutar belit fakta.
Alif Hakimi mengukir senyum. ‘Jadi, Encik Elias mengakui manfaat vaksin? Dengan mengharapkan orang sekeliling yang sudah pun divaksin untuk ‘selamatkan’ anak Encik Elias dari penyakit? Bayangkan, kalau ada seribu ibu bapa yang berfikiran macam Encik Elias, boleh Encik bayangkan, siapa nak lindung siapa pada waktu itu?
‘Walaupun Encik sekeluarga ada hak untuk memilih , tapi ingat, kebebasan untuk membahayakan orang sekeliling bukanlah satu pilihan yang baik,’ Alif Hakimi meluahkan rasa kesal.
‘Andai Puan Marisa mahu untuk lihat anak puan yang baru lahir itu membesar dengan sihat, saya nasihat dan berharap, terimalah segala saranan kami dari pihak kesihatan. Misi kami di sini, hanyalah untuk cuba mempertingkatkan kualiti hidup anda semua. Gaji kami tidak bertambah dengan memujuk kalian untuk menerima saranan ini, tapi yang kami mahukan hanyalah satu senyuman kepuasan dari anda sebagai ibu bapa dengan melihat anak-anak membesar dengan sihat. Satu pesanan saya, hanya secebis dari pengalaman saya,  jangan bazirkan masa dan wang kalian di katil-katil hospital dengan membiarkan anak anda terlantar sakit, hanya kerana menolak vaksin yag mampu untuk mencegah penyakit berjangkit ini.’ Alif Hakimi menitip pesanan kepada pasangan muda itu.

Dilihat ibu muda itu memandang  si suami seolah-olah mengharapkan belas. Encik Elias dilihat termenung jauh, masih lagi berfikir. Mungkin sedang cuba meghadam kata-katanya sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Running Order Program

Assalamualaikum, hai everyone. Rasa lama dah tak singgah ke blog ni. fuhh, busy sangat sebab baru bertukar tempat kerja & due to  low internet connectivity. Untuk entri kali ini, saya nak share sedikit mengenai pengalaman menjadi AJK Program. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama handle program, but yes, it was 1st time to hold this task. AJK program ni kerja dia tak banyak, kita cuma kena pastikan tentatif program yang dah dirancang, mengikut seperti yang dijadualkan semasa event berlangsung. Selain, itu mencari MC untuk program juga adalah tugas penting untuk AJK ini. Tapi nasib baik untuk event yang saya handle ni, banyak dibantu oleh guru-guru =)  So dekat bawah ni, saya nak share sedikit mengenai RUNNING ORDER program. Jadi, sesiapa yang nak jadikan sebagai contoh, dipersilakan. Logo Rasmi Program Sedasawarsa ANSARA 15 APRIL 2017 Programme Hrs 1500 SET UP ·        ...

Pernah tak kau terfikir?

Pernah tau kau terfikir, kenapa Allah takdirkan kau dan dia diletakkan dalam satu ruang yang sama? Satu kelas yang sama, satu tempat kerja yang sama? Pernah tak terfikir akan kebersamaan ini? Ok, fine, kalau yang fikir sebab , mungkin la dapat jodoh sebab dapat tempat sama. No objection from my side. Kau pandang dia ,  menawan/kacak, tak kena pada pandangan mata kau, but still she/he ‘s there. Dan kau pernah tak terfikir, yang kau nampak macam kacak/cantik, then kau rasa bangga? Itu biasa. Dia mungkin   menarik hati kau untuk dipandang, tapi dia juga lah yg mampu menundukkan pandangan mata kau untuk tidak meliar dengan lebih jauh. Pernah tak fkir hikmah tu? Dan , kau yang tadi bangga dengan wajah yang sempurna ..ye engkau. Kenapa kau ditakdirkan sebumbung dengan si dia yang biasa-biasa pada pandangan mata kau? Sebab dia yang biasa-biasa itu lah yang mampu menahan  pandangan matanya dari terus memandang kau. Faham tak? Sebab dia, Allah takdirkan mampu untuk me...

TEKS UCAPAN PERASMI #2

TEKS UCAPAN 2 UCAPAN PERASMIAN TEKS UCAPAN OLEH YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD GHAZI BIN SAMSUDIN PENGETUA MRSM GEMENCHEH SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAKAN MALAM ANSARA DAN PENUTUPAN SEDASAWARSA ANSARA 2017 DI DEWAN MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN 15 APRIL 2017, SABTU   Terima kasih Saudara/ saudari Pengerusi Majlis, Yang berhormat................. Yang berhormat................. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan............ Wakil-wakil Jabatan................. Barisan Tenaga Pengajar dan mantan tenaga Pengajar MRSM Gemencheh, Dan seterusnya staf-staf MRSM Gemencheh yang dihormati sekalian, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Selamat Petang, 1.        Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi menjayakan Ulang Tahun MRSM Gemencheh kali pertama sejak pembukaannya...