TEKS UCAPAN 2
UCAPAN PERASMIAN
TEKS UCAPAN
OLEH
YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD GHAZI BIN SAMSUDIN
PENGETUA MRSM GEMENCHEH
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN MAKAN MALAM ANSARA DAN PENUTUPAN SEDASAWARSA ANSARA
2017
DI DEWAN MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
15 APRIL 2017, SABTU
![]() |
Terima kasih
Saudara/ saudari Pengerusi Majlis,
Yang berhormat.................
Yang berhormat.................
Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan............
Wakil-wakil Jabatan.................
Barisan Tenaga Pengajar dan mantan tenaga Pengajar MRSM
Gemencheh,
Dan seterusnya staf-staf MRSM Gemencheh yang dihormati
sekalian,
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Selamat Petang,
1.
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin
memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin
dan inayahNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi menjayakan Ulang Tahun MRSM
Gemencheh kali pertama sejak pembukaannya pada tahun 2007. Bersempena
Sedasawarsa ini, anak-anak ANSARA yang kita harapkan dan kasihkan ini,
membuktikan bahawa adanya program pada hari ini, cukup untuk menzahirkan rasa
penghargaan mereka kepada maktab ini. Syabas di ucapkan.
2.
Tahniaah juga diucapkan kepada barisan guru-guru
yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan berganding bahu bersama
menjayakan program Karnival Sedasawarsa yang berlangsung pada siang tadi. Dan
setinggi-tinggi penghargaan juga kepada .............MUAFAKAT, kerana memberi
kesempatan dan sokongan untuk turut serta dalam menjayakan Program karnival dan
Makan Malam bersempena sedasawarsa kali pertama pada tahun ini.
3.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
‘Selamat Datang dan ‘terima kasih’
kepada semua yang dapat melapangkan masa untuk menghadiri majlis pelancaran
Penutupan Program Karnival Sedasawarsa, dan Perasmian Makan Malam pada malam
ini.
Para hadirin yang saya muliakan,
4.
Program kita pada hari ini yang bertujuan untuk
menyambut keberadaan MRSM Gemencheh untuk tahun yang ke 10, ini wajarlah
dijadikan sebagai takwim tahunan atau dilakukan setiap 10 tahun akan datang
lagi, insyaAllah. Program kita pada hari ini juga adalah salah satu inisiatif
untuk meraikan guru-guru dan staf-staf yang telah berkhidmat dan menyumbang
bakti kepada maktab ini dalam tempoh sedekad ini dan seharusnya diteruskan pada
masa akan datang secara konsisten.
5.
Melalui program ini, guru-guru dan para ALUMNI
ANSARA dapat bersama-sama untuk mengimbau kembali kenangan lalu bersama-sama
ank-anak homeroom mereka yang dahulunya mereka didik, tanpa jemu dan banyak
kerenah. Di harap dengan kerjasama ini mampu untuk mengeratkan lagi ikatan
silaturahim antara guru dan Para Alumni ANSARA.
6.
Sebagai contoh, pada hari ini ........
7.
Oleh yang demikian, program sebegini semestinya
dimanfaatkan sebaik mungkin oleh barisan guru-guru, staf-staf, dan juga para
alumni sekalian. Malah setiap yang hadir pada hari ini, diseru dan digalakkan
untuk memberi khidmat bakti dan sumbangan sekiranya diperlukan kelak, walaupun
kalian semua sudah pun berada di luar maktab.
Dato-dato’, Tuan-tuan dan
Puan-puan sekalian,
8.
Tema utama yang kita bawa pada malam ini, ‘Rekindle
old friendship and create new memories,
adalah bertepatan dengan ulang
tahun sedasawarsa iaitu untuk mempertautkan semula ikatan yang sudah lama
terjalin dan memperkukuhkan silaturahim yang sudah terpateri ini sejak sedekad
lalu. Diharap agar malam ini, para hadirin sekalian mampu untuk membina satu
dasawarsa sejuta adiratna untuk kita sama-sama kenang selepas program ini berakhir.
9.
Majlis makan malam ini adalah satu program
terbaik yang wajar diberikan pujian kerana bukan mudah untuk jawatankuasa
program bekerjasama untuk membuat persiapan. Saya sebagai perasmi berasa bangga
dan mengucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa guru-
guru dan para alumni sekalian mempunyai satu ikatan ukhuwah yang sangat
utuh dan kebijaksanaan serta pengalaman yang mendalam semasa melakukan
persiapan program ini.
Para hadirin sekalian,
10.
Sebelum
saya mengakhiri ucapan ini, saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong penuh
penglibatan para Alumni ANSARA dalam program-program sebegini yang mampu
memberi impak positif terhadapat pembangunan pelajar di maktab ini. insyaAllah,
kerjasama yang terjalin antara MRSM Gemencheh dan ALUMNI ANSARA ini diharapkan
akan berterusan di masa hadapan.
Dengan lafaz Bismillahir
Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan majlis MAKAN MALAM SEDASAWARSA dan
sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sedasawarsa pada tahun ini.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment