TEKS UCAPAN 1
TEKS UCAPAN PENGERUSI ANSARA
TEKS UCAPAN
OLEH
SAUDARA SAIFUL ISLAM
PENGERUSI ANSARA
SEMPENA
MAJLIS MAKAN MALAM ANSARA 2017
DI DEWAN MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
15 APRIL 2017, SABTU
![]() |
Terima kasih saudara/i Pengerusi Majlis,
Yang dihormati Ayahanda Pengetua Tn Hj Mohd Ghazi bin Samsudin,
Yang dihormati.............
Vip 1
Vip 2
....................................
Barisan tenaga pengajar dan mantan Pengajar MRSM Gemencheh
Barisan AJK Sedasawarsa,
Seterusnya Para Hadirin yang diraikan sekalian
Tuan-tuan dan Puan-puan yang diraikan sekalian
Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera
1.
Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama hadir di
Majlis Makan Malam Sempena Sedasawarsa MRSM Gemencheh kali pertama pada tahun 2017.
2.
Saya mewakili seluruh alumni ANSARA MRSM
Gemencheh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ayahanda (Tn Hj Mohd Ghazi bin Samsudin), atas kesudian beliau meluangkan masa
untuk hadir dan merasmikan Majlis Makan Malam dan Penutupan Sedasawarsa pada
tahun ini, walaupun beliau ................................... Terima kasih
Ayahanda Pengetua.
3.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berjaya
menganjurkan Karnival Sedasawarsa dan Majlis makan malam pada pada hari ini.
Walaupun masing-masing sibuk dan mempunyai komitmen terhadap tugas seharian,
namun mereka masih mampu membahagikan masa untuk merancang, mengatur pelbagai
program dan aktiviti untuk kita semua sertai.
4.
Terima kasih juga atas kehadiran guru, mantan
guru dan semua ALUMNI ANSARA yang telah
memberi komitmen dan meluangkan masa bagi sama-sama kita menjayakan majlis pada
hari ini. Semoga komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh tuan-tuan dan
puan puan sekalian pada hari ini, menjadi pembakar semangat kepada barisan
ANSARA untuk terus aktif menyumbang dan memacu pembangunan ANSARA Gemencheh
dengan lebih lagi, insyaAllah.
5.
Bersempena dengan Sedasawarsa pada hari ini,
pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang hari. Antaranya ialah,
...........................................................................................................................................................
dan lain-lain. Dan Majlis makan malam ini adalah penutup kepada Sedasawarsa
pada tahun ini.
6.
Akhir kata, saya bagi pihak barisan Majlis
Tertinggi ANSARA mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih dan
sekalung penghargaan kepada Yang Dihormati Tn Haji Mohd Ghazi, kerana sudi
meluangkan masa bersama kita pada hari ini. Terima kasih juga kepada
ketua-ketua jabatan, tenaga pengajar/mantan pengajar dan Ahli ANSARA atas
kesudian melapangkan masa untuk menjayakan majlis ini
7.
Tidak lupa, saya ucapkan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis kita pada
malam ini. Syabas dan tahniaah kerana berjaya menganjurkan program ini selari
dengan tema kita pada tahun ini, ‘REKINDLE ALL FRIENDSHIP AND CREATE NEW
MEMORIES’
Sekian,
Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum wbt,
Comments
Post a Comment