Pernah tau kau terfikir, kenapa Allah takdirkan kau dan dia
diletakkan dalam satu ruang yang sama? Satu kelas yang sama, satu tempat kerja yang
sama? Pernah tak terfikir akan kebersamaan ini?
Ok, fine, kalau yang fikir sebab , mungkin la dapat jodoh
sebab dapat tempat sama. No objection from my side.
Kau pandang dia , menawan/kacak, tak kena pada pandangan
mata kau, but still she/he ‘s there. Dan kau pernah tak terfikir, yang kau
nampak macam kacak/cantik, then kau rasa bangga? Itu biasa.
Dia mungkin menarik hati kau untuk dipandang, tapi dia
juga lah yg mampu menundukkan pandangan mata kau untuk tidak meliar dengan lebih
jauh. Pernah tak fkir hikmah tu?
Dan , kau yang tadi bangga dengan wajah yang sempurna ..ye
engkau. Kenapa kau ditakdirkan sebumbung dengan si dia yang biasa-biasa pada pandangan mata kau? Sebab dia yang biasa-biasa itu lah yang mampu menahan pandangan matanya dari terus memandang kau. Faham
tak?
Sebab dia, Allah takdirkan mampu untuk menundukkan pandangan
hatinya dari memandang keindahan wajahmu, di situlah terjamin kesucian dan
kehormatan dalam persekitaran.
Dia sabar, dan kau patut bersyukur.
Same goes to kaya dan sederhana, baik perilaku dan jahat
perilaku.
Orang yang kita nampak nakal, bukan lahir-lahir terus jadi
nakal. It is a process.
Dan suka juga untuk diingatkan, yang kita nampak baik tu,
bukan lahir-lahir terus jadi baik soleh solehah. Itu semua asuhan dan didikan
dari kecil sehinggalah dewasa. Apa yang menjadi tabiatnya semasa membesar,
itulah yang akan mencorak kehidupannya
nanti.
Sebab itu lah pentingnya si anak untuk memilih ibu bapa yang baik? Teman sebaya
yang baik? Persekitaran yang baik?
Ehh, jap,, mana boleh pilih ibu bapa yang mcm kita mahukan..
kawan-kawan yang kita nak..persekitaran yang ideal...
Memang kita tak mampu ubah apa yg hakiki, namun di situlah
letaknya usaha.
Contoh la. Kau diterima masuk ke sekolah berasrama. Time tu,
mana boleh pilih roomate sendiri kan? Kelas pun di atur oleh pihak sekolah. So,
kat mana point yang ko boleh pilih rakan sebaya yang baik? Tak ada kan, ko akan
cuba untuk berkawan dengan orang yang kau memang dah ditakdirkan untuk bertemu. So apa
nak buat?
Dia jahat, kau baik. Mana bukti? Tak tahu, sebab tak kenal. Dalam
tempoh bersama, kau akan belajar, sama ada dia baik , atau kau jahat, dua-dua
akan diuji untuk melihat sejauh mana dia mampu untuk sabar dan syukur. Sabar sebab
dapat kawan yang agak nakal, susah untuk diajak ke surau. Dan macam mana dia
mampu untuk syukur sebab dia dah dapat kawan yg baik , yang boleh ubah dia.
Dia suka mencarut, kau yg baik takkan nak biar dia terus
cakap buruk. Cara kau dengan, jangan cakap buruk, tapi teruskan cakap perkara baik.
insyaAllah , suatu hari nanti kwan kita akan sedar hakikat sebenar, yang berkata
baik itu lebih baik dan sekiranya tak mampu, diam itu lebih baik.
See, kau sendiri takkan mampu nak pilih kawan ikut
kesesuaian. Bukanlah bila kita tengok orang tu nampak baik, asal kawan dengan
dia, tak pakai stokin, tudung singkat, tak pakai tudung tutup dada..bla..bla..
.Ingat, tetapkan dalam hati, redha dengan maksiat adalah maksiat. Redha dengan
kufur, adalah kufur. Tapi kita kena tetap beriman yang segala ketentuan adalah
dari Allah , baik atau buruk. Aku tak cakap, kalau kawan dengan orang yg bermaksiat,
kita redha dengan maksiat yg dia buat. Itu dua perkara berbeza. Redha dan
kawan.. letaknya di tempat berbeza. Redha ada dalam hati, walaupun dia benci
akan kemaksiatan sahabatnya itu, ada cara utk dia tidak mempamerkan dengan
kebencian yang nyata. Sebab dakwah itu jalannya panjang bro, sis... sebab Ustaz
cakap, kita dakwah bukan sebab nak ubah manusia jadi baik, tapi nak buat Allah redha
pada kita, nak buat Allah suka. Itu matlamat utama, dia nak ikut, tak nak ikut,
bukan kita pun pegang hati mereka. #keepsmile k.
Allah nak uji kita dengan dua perkara, sama ada kita sabar
atau syukur. Yang pasti balasan untuk kedua-duanya adalah pahala dan syurga
dariNya.
Comments
Post a Comment