Skip to main content

Husnuzon?

Hari ini, hari Jumaat. Masa untuk balik ke kampung masing-masing. Giliran kali ini, Alif yang akan memandu. Hadi akan duduk di sebelah sebagai penumpang. Alif dan Hadi merupakan rakan serumah, juga bekerja di tempat yang sama. Kereta Almera milik Alif itu meluncur laju menelusuri jalan kampung, di kiri kanannya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang kian meninggi. Sesekali ada juga lembu-lembu orang kampung yang terlepas ke tengah jalan. Terpaksalah Alif memperlahankan sedikit kelajuan keretanya.
Agak lama memandu, tiba-tiba bunyi deruman motosikal dari arah tepi mengaum hebat. Seorang mat rempit menayangkan aksinya di hadapan mereka berdua. Alif hanya memandang dan terus  memecut laju keretanya. Di setiap sisi jalan, Alif melihat ramai anak-anak muda yang sedang menunggu, masing-masing dengan motor. Alif memandang dashboard, jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.
Hadi yang tika itu asyik menghadap telefon pintarnya, melihat gelagat anak-anak muda di tepi jalan itu sambil menggeleng kepala.

Hadi        : Ish, budak-budak zaman sekarang ni, apa nak jadi la. Dah tak de kerja lain agaknya, merempit je. Kang ada yang eksiden, menyusahkan aku jugak nanti.

Alif menguntum senyum mendengar kata doktor muda di sebelahnya itu.

Alif          : Kau nak tahu, budak-budak merempit ni, tawakal diorang ni tinggi tau. Kalau tak, mana berani nak bawa moto main lepas tangan, bawak moto satu tayar.

Hadi        :  Salah tempat tawakal diorang nih. Ni dah nak masuk maghrib ni, diorang ni memang xnak balik ke. Memang la diorang ni, kalau dah merempit, sembahyang entah ke mana.

Hadi meluahkan apa yang berada di kotak fikirannya sambil menggeleng kepala
Alif          : Diorang solat la..

Alif menjawab ringkas. Masih fokus pada pemanduannya walau agak terganggu dengan silau cahaya lampu motor mat rempit yang datang dari arah bertentangannya.

Hadi        : Mana kau tau diorang solat?
Hadi mencebik.

Alif          : Dah tu, macam mana kau tahu diorang tak solat?
Hadi terjeda seketika.

Hadi        : Kau dah kenapa nak back up diorang ni? Ke ko pernah jadi mat rempit juga dulu?. Hadi serkap jarang.
Alif tergelak besar.

Alif          : Haha, tak perlu rasanya untuk jadi mat rempit untuk aku bagitahu kau pasal husnuzon. Kau rasa diorang nak sangat ke dilabel sebagai mat rempit? Maksud aku mat rempit yang nakal? Macam kau lah, kau memang dari lahir, memang niat nak jadi doktor terus ke? Dan dalam masa yang sama, kau suka ke kalau kau diberi gelaran doktor yang tak berhati perut?
Sebenarnya, apa yang diorang tengah buat sekarang, adalah mungkin hobi. Tapi netizen memandang mat rempit sebagai satu unsur yang negatif dalam masyarakat. Cuba bayangkan, kalau memang sejak dari azali, mat motor ni memang buat benda baik, diorang takkan dipandang jahat. Dan tak semua budak motor tu jahat.

Hadi        : Tapi kalau diorang sembahyang, takkanlah diorang nak buang masa buat benda tak berfaedah macam ni.
Hadi terus mencelah.

Alif          : Diorang solat... tapi mungkin solat itu tak mampu untuk membuat mereka mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar.
Alif masih dengan pendiriannya. Masih untuk terus berfikiran positif.

Alif          : Pernah suatu hari, pada zaman Nabi SAW, seorang sahabat datang kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, aku solat tapi aku mencuri. Bagaimana ya Rasulullah?”
Baginda berkata, “teruskanlah laksanakan solatmu, sehingga solat kamu itu mampu mencegah dirimu dari melakukan kemungkaran”. Dalam al-Quran, Allah berfirman, ‘Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).
Cuba kau lihat akhlak Nabi Muhammad saw, dia tak terus label para sahabatnya yang melakukan dosa itu, jahat. Dia nasihat, dia tarbiyah mereka dengan kata-kata yang baik, itulah manhaj dakwah Nabi. Bukan main hentam sahaja.
Hadi mengangguk perlahan. Tanda faham dengan kata-kata dari sahabatnya itu.

Alif          : Jadi, apa kata dari kita cakap buruk mengenai mereka nih, apakata dalam hati kita doa. Doa pada anak-anak muda ini, untuk suatu hari nanti menjadi panglima Allah. Mereka semua ni sebenarnya ada potensi untuk menjadi belia yang berguna, Cuma yang kurang dari kita adalah doa-doa yang baik. Acapkali aku dengar, setiap kali ada je mat-mat motor ni merempit, dengan mudahnya kata-kata buruk waima mendoakan pula si yang bawa motor ini jatuh depan mata mereka. Nabi saw tak pernah ajar kita untuk mendoakan keburukan orang lain, sebaliknya, hadiahkan doa untuk mereka ini. Bukankah doa seorang muslim itu kepada saudaranya yang lain tanpa diketahui oleh saudaranya itu, malaikat akan angkat untuk dimakbulkan? Senang bukan nak jadi baik?
Simpan sahaja kata-kata buruk dan prasangka yang tidak elok itu dan buang sahaja. Didik hati untuk bersifat rahmat kepada insan lain.

Hadi        : Oklah, lepas ni kalau aku jumpa lagi mat-mat motor ni, aku akan doakan diorang semua ni jadi doktor macam aku,  kurang sikit beban aku kat klinik.
Alif angkat kening.

Hadi        : Dah tadi kau cakap suruh doa baik-baik, aku tengah doa la nih.

Alif          : Iyelah....Aminnnn..

Alif dan Hadi sama-sama tersenyum lebar
Mereka berdua pun meneruskan perjalanan. Hari ini, kerana mat motor, mereka mendapat satu iktibar.
#credit to Ustaz yg bagi ceramah semalam


 
Time ni Ej naik bot dalam kembara sihat ke Kg Kuala Sat (pic tak ada kaitan dengan cerita k!)

Comments

Popular posts from this blog

Running Order Program

Assalamualaikum, hai everyone. Rasa lama dah tak singgah ke blog ni. fuhh, busy sangat sebab baru bertukar tempat kerja & due to  low internet connectivity. Untuk entri kali ini, saya nak share sedikit mengenai pengalaman menjadi AJK Program. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama handle program, but yes, it was 1st time to hold this task. AJK program ni kerja dia tak banyak, kita cuma kena pastikan tentatif program yang dah dirancang, mengikut seperti yang dijadualkan semasa event berlangsung. Selain, itu mencari MC untuk program juga adalah tugas penting untuk AJK ini. Tapi nasib baik untuk event yang saya handle ni, banyak dibantu oleh guru-guru =)  So dekat bawah ni, saya nak share sedikit mengenai RUNNING ORDER program. Jadi, sesiapa yang nak jadikan sebagai contoh, dipersilakan. Logo Rasmi Program Sedasawarsa ANSARA 15 APRIL 2017 Programme Hrs 1500 SET UP ·        ...

Pernah tak kau terfikir?

Pernah tau kau terfikir, kenapa Allah takdirkan kau dan dia diletakkan dalam satu ruang yang sama? Satu kelas yang sama, satu tempat kerja yang sama? Pernah tak terfikir akan kebersamaan ini? Ok, fine, kalau yang fikir sebab , mungkin la dapat jodoh sebab dapat tempat sama. No objection from my side. Kau pandang dia ,  menawan/kacak, tak kena pada pandangan mata kau, but still she/he ‘s there. Dan kau pernah tak terfikir, yang kau nampak macam kacak/cantik, then kau rasa bangga? Itu biasa. Dia mungkin   menarik hati kau untuk dipandang, tapi dia juga lah yg mampu menundukkan pandangan mata kau untuk tidak meliar dengan lebih jauh. Pernah tak fkir hikmah tu? Dan , kau yang tadi bangga dengan wajah yang sempurna ..ye engkau. Kenapa kau ditakdirkan sebumbung dengan si dia yang biasa-biasa pada pandangan mata kau? Sebab dia yang biasa-biasa itu lah yang mampu menahan  pandangan matanya dari terus memandang kau. Faham tak? Sebab dia, Allah takdirkan mampu untuk me...

TEKS UCAPAN PERASMI #2

TEKS UCAPAN 2 UCAPAN PERASMIAN TEKS UCAPAN OLEH YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD GHAZI BIN SAMSUDIN PENGETUA MRSM GEMENCHEH SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAKAN MALAM ANSARA DAN PENUTUPAN SEDASAWARSA ANSARA 2017 DI DEWAN MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN 15 APRIL 2017, SABTU   Terima kasih Saudara/ saudari Pengerusi Majlis, Yang berhormat................. Yang berhormat................. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan............ Wakil-wakil Jabatan................. Barisan Tenaga Pengajar dan mantan tenaga Pengajar MRSM Gemencheh, Dan seterusnya staf-staf MRSM Gemencheh yang dihormati sekalian, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Selamat Petang, 1.        Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi menjayakan Ulang Tahun MRSM Gemencheh kali pertama sejak pembukaannya...