Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Pernah tak kau terfikir?

Pernah tau kau terfikir, kenapa Allah takdirkan kau dan dia diletakkan dalam satu ruang yang sama? Satu kelas yang sama, satu tempat kerja yang sama? Pernah tak terfikir akan kebersamaan ini? Ok, fine, kalau yang fikir sebab , mungkin la dapat jodoh sebab dapat tempat sama. No objection from my side. Kau pandang dia ,  menawan/kacak, tak kena pada pandangan mata kau, but still she/he ‘s there. Dan kau pernah tak terfikir, yang kau nampak macam kacak/cantik, then kau rasa bangga? Itu biasa. Dia mungkin   menarik hati kau untuk dipandang, tapi dia juga lah yg mampu menundukkan pandangan mata kau untuk tidak meliar dengan lebih jauh. Pernah tak fkir hikmah tu? Dan , kau yang tadi bangga dengan wajah yang sempurna ..ye engkau. Kenapa kau ditakdirkan sebumbung dengan si dia yang biasa-biasa pada pandangan mata kau? Sebab dia yang biasa-biasa itu lah yang mampu menahan  pandangan matanya dari terus memandang kau. Faham tak? Sebab dia, Allah takdirkan mampu untuk me...

#Novel _ Imunisasi / AntiVax

Rujukan Petang itu dia mempunyai beberapa temujanji, dan antaranya adalah pertemuan dengan sepasang ibu bapa muda yang menolak vaksin untuk diberikan kepada anak mereka. Berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI) daripada WHO, vaksin yang diperkenalkan bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Kesihatan melalui Program Imunisasi Kebangsaan telah mewajibkan kepada setiap bayi yang baru lahir mesti dicucuk dengan vaksin sehinggalah mereka berumur  15 tahun. Setiap kali vaksinasi pula mempunyai tempoh-temoh yang tertentu. Kehadiran pasangan itu ke ruang biliknya dialu-alukan dengan senyuman. Alif Hakimi mempersilakan tamunya untuk duduk. ‘Tahukah kenapa Encik Elias dan Puan Marisa diminta hadir hari ini?’ Alif Hakimi cuba untuk menjelaskan tujuan utama perbincangan mereka pada hari ini. Encik Elias mengangguk. Alif Hakimi hanya tersenyum. ‘B...

Husnuzon?

Hari ini, hari Jumaat. Masa untuk balik ke kampung masing-masing. Giliran kali ini, Alif yang akan memandu. Hadi akan duduk di sebelah sebagai penumpang. Alif dan Hadi merupakan rakan serumah, juga bekerja di tempat yang sama. Kereta Almera milik Alif itu meluncur laju menelusuri jalan kampung, di kiri kanannya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang kian meninggi. Sesekali ada juga lembu-lembu orang kampung yang terlepas ke tengah jalan. Terpaksalah Alif memperlahankan sedikit kelajuan keretanya. Agak lama memandu, tiba-tiba bunyi deruman motosikal dari arah tepi mengaum hebat. Seorang mat rempit menayangkan aksinya di hadapan mereka berdua. Alif hanya memandang dan terus  memecut laju keretanya. Di setiap sisi jalan, Alif melihat ramai anak-anak muda yang sedang menunggu, masing-masing dengan motor. Alif memandang dashboard, jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Hadi yang tika itu asyik menghadap telefon pintarnya, melihat gelagat anak-anak muda di tepi jalan itu sambil meng...

Sekeping Nota untuk Diri

#notakaki #Nota 1 ‘’Engkau kalau mampu untuk berhadapan dengan karenah manusia dan ‘unexpected trials’untuk esok hari, lenakanlah tidurmu pada malam ini. Namun, jikalau engkau tidak mampu, bangunlah, bertahajudlah...minta kekuatan dariNya. Apabila urusanMu dengan Allah selesai, insyaAllah, DIA akan permudahkan urusanmu di khalayak’’ #Nota 2 Selalu orang akan leka di jalan yang lurus, jarang berlaku apabila di jalan bengkang-bengkok sebab mereka akan lebih waspada. Sebab itu banyak kemalangan ngeri berlaku di ‘highway’=jalan lurus, jarang dengar eksiden di jalan negeri, mahupun persekutuan. Sama juga pada orang yang rasa baik, jalan lurus itu kadang-kadang membuatkan kita terleka sampai mampu terbabas tanpa sedar.. Dan pada yang rasa diri kurang baik, anda akan lebih waspada... Hidup bukan untuk simpan persepsi pada diri ‘jadi baik’ atau ‘jadi jahat’, tapi cukup dengan jadi hamba Tuhan. #Nota 3 ‘Manusia kalau nak cuba buat kerja Tuhan, dia jadi Syaitan’ #...

Si Penjaga Masjid #part 1

Teluk Cempedak, Kuantan Hari ini aku berkenalan dengan seorang wanita. Kalau dilihat sekilas, usianya dalam lewat 30-an, baya-baya ummi aku. Dia membahasakan dirinya sebagai mummy. Aku tersenyum dalam hati. Boleh rasa aura penyayang  dalam dirinya. Dalam tempoh satu jam setengah, aku memperoleh selembar ilmu dari butir-butir bicara yang keluar dari bibirnya. Dalam pengajian kitab Riyadhus Salikin hari ini, ustaz mengupas mengenai riya’. Dalam majlis ilmunya juga, ada sedikit ustaz membicarakan mengenai cintakan dunia (hubbun dunya). Mummy yang khusyuk mendengar berkata kepadaku, ‘ramai sekarang yang menggunakan akhirat untuk dapatkan dunia. Mereka menjadikan akhirat itu sebagai jambatan untuk dapatkan dunia’, Aku  yang mendengar, berkerut sedikit. ‘Maksudnya?’. Memang aku akui pernah juga mendengar, kalau kita mengejar akhirat, dunia itu akan ikut bersama kita. ‘Mereka cakap untuk dapatkan akhirat, tapi tanpa mereka sedar, dunia yang dia perolehi menyebabkan...