Skip to main content

#Novel Part_ _kaunseling ubat

‘Pak cik, cuba tengok saya guna inhaler ni macam mana, nanti pakcik ikut saya ye’, kata Zahira sambil menggoncang kanister ubat sedut asma dan menyuakannya ke dalam mulutnya.
Sejujurnya dia tidak pernah pun menggunakannya secara terus inhaler itu, semasa belajar. Tapi disebabkan pesakit ini terlalu istimewa, walau diulang banyak kali, pakcik ini menolak untuk menggunakan alat ini. Sudahnya, dia terpaksa meyakinkan pakcik ini dengan dia sendiri yang melakukan demonstrasi di hadapan pakcik ini.
Pesakit ini telah di diagnosis menghidapi COPD atau Chronic Obstructive Pulmonary Diseases.  Rawatan terbaik untuk penyakit ini adalah dengan memberikan inhaler yang memberikan kesan yang cepat sekiranya pesakit mengalami shortness of breath.
Tak bestnya rasa inhaler ni. Zahira berkata dalam hati. Dia memandang pakcik itu, yang memang dari tadi memandang gelagat Zahira yang bersungguh-sungguh menunjukkan cara memakai alat itu.
Tangan kanan Zahira menyeluk saku kot putihnya dan mengeluarkan bedak kompaknya. Kemudian, dia membuka mulutnya dan membiarkan hembusan wap keluar dari mulutnya dan mengenai cermin bedak kompaknya.
‘Ok pakcik? Kalau pakcik pakai alat ini, percubaan pertama cuba buat di hadapan cermin ya. Kalau wap ini keluar , itu bermakna ubat ini tak masuk sepenuhnya ke dalam paru-paru pakcik’, terang Zahira
Pakcik tadi hanya mengangguk faham. Dia seperti berminat untuk mencuba pula inhaler itu. Zahira memandang lega atas perubahan positif pesakit itu . Maklumlah , agak sukar untuk memberi kefahaman kepada pesakit yang sudah lanjut usia.
Setelah mendapatkan butir pesakit dan berpuas hati dengan respon pesakit di atas kaunseling yang diberikan, Zahira meminta izin untuk beredar.
Ada lagi tiga orang patient yang memerlukan kaunseling di wad medical ini yang berkait dengan alat perubatan dan ubat-ubatan sebelum mereka balik ke rumah masing-masing.
Zahira menghampiri sebuah katil bernombor 32. Setelah meneliti preskripsi ubat dan sejarah pengubatan pesakit, Zahira mendapati pesakit ini baru sahaja menjalani pembedahan penggantian injap jantung, dan doktor telah memulakan terapi ubat warfarin ke atas pesakit ini. Pesakit di hadapanya ini, seorang lelaki Melayu yang berusia 64 tahun. Disisinya kelihatan si anak yang setia menanti si ayah. Dia menghadiahkan senyuman kepada anak gadis itu.
‘Assalamualaikum, saya Zahira, Pegawai Farmasi di wad ini. Saya akan memberikan sedikit nasihat dan kaunseling mengenai ubatan kepada Encik Ismail sebelum  dibenarkan keluar dari wad ini’, kata Zahira menerangkan tujuan kedatangannya ke  situ.
Anaknya hanya mengangguk dan pakcik itu pun mengalu-alukan kehadirannya.
‘Ok, Encik Ismail ingat tak ubat yang nurse bagi setiap pukul 6 petang setiap hari?’, soal Zahira.
‘Owh, yang warna merah jambu tu ye?’ anaknya menjawab pantas.
Zahira mengangguk. ‘Iye, itu adalah ubat warfarin, iaitu ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan pembekuan darah di dalam salur darah. Ubat ini dapat melancarkan pengaliran darah pada jantung dan dapat mengelakkan daripada berlakunya strok’
‘Jadi saya kena makan ubat ini setiap hari la ye?’ Encik Ismail mengajukan soalan
‘Ya, memang betul. Ubat ini mestilah diambil setiap hari pada sela waktu yang telah ditetapkan. Dan dos pengambilan ubat ini juga bergantung kepada tahap INR Encik Ismail’, sambung Zahira lagi
‘Apa itu INR?’ tanya Encik Ismail pula.
‘ INR (International Normalized Ratio) merupakan nilai kepantasan darah untuk membeku. Untuk orang biasa yang sihat, nilainya adalah 1.0. Tapi bagi Encik Ismail, nilai yang normal mestilah 2.0-3.0. Semakin besar nilai INR, semakin lambat darah untuk membeku, jadi risiko untuk berlakunya pendarahan adalah tinggi.’ terang Zahira panjang lebar
Anaknya bertanya, ‘ Macam mana saya nak tahu nilai INR ayah saya?’
Zahira tersenyum, ‘ Nilai INR boleh diketahui melalui ujian darah yang akan dilakukan apabila Encik Ismail datang untuk temujanji doktor nanti’,
‘Macam mana ye sekiranya ayah saya ni terlupa untuk mengambil ubatnya pada hari itu?’
‘Kalau berlaku sedemikian, sekiranya Encik Ismil terlupa untuk ambil ubat pada petangnya, dan teringat untk mengambilnya pada waktu malam, Encik Ismail boleh mengambil dos yang tertinggal. Tetapi, kalau esok pagi baru teringat, dinasihatkan untuk menunggu dos seterusnya iaitu pada waktu petang. Dan penting ye, untuk tidak menggandakan dos sekiranya terlupa’
‘Saya dengar ada orang cakap, kalau makan ubat cair darah ini, tidak boleh makan sayuran hijau? Betul ke?’ anak gadisnya bertanya lagi.
‘Sebenarnya bukan lah tidak boleh dimakan langsung, Cuma hadkan pengambilan sahaja dan kekalkan kuantiti yang diambil. Tetapi Encik Ismail boleh juga mengambil sayuran bukan hijau seperti lobak merah, kubis putih dan sebagainya.
‘Tujuan kenapa tidak digalakkan memakan sayuran hijau adalah kerana sayuran hijau mengandungi vitamin K yang tinggi yang boleh melawan tindakan warfarin dan ini akan menyebabkan warfarin tidak berkesan’.
Encik Ismail dan anaknya mengangguk faham. Zahira meneruskan kaunselingnya.
Setelah selesai sesi kaunseling, Zahira meminta izin untuk beredar setelah berpuas hati dengan pemberian maklumat yang telah diberikan kepada pesakit tadi.
Zahira menolak pintu pantri. Kerjanya untuk hari ini baru sahaja selesai. Jam di tangan diintai. Jarum sudah menjejak ke angka 3 petang. Selepas ini dia mahu ke surau sebentar untuk menunaikan solat yang masih belum ditunaikan lagi.

Dia mengambil tempat di sofa berhadapan dengan meja makan di situ. Matanya yang kuyu dari tadi kini dipejamkan. Berniat untuk tidur sekejap.

Rujukan: Garis Panduan Kaunseling Ubat-Ubatan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kuala Terengganu

Comments

Popular posts from this blog

Running Order Program

Assalamualaikum, hai everyone. Rasa lama dah tak singgah ke blog ni. fuhh, busy sangat sebab baru bertukar tempat kerja & due to  low internet connectivity. Untuk entri kali ini, saya nak share sedikit mengenai pengalaman menjadi AJK Program. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama handle program, but yes, it was 1st time to hold this task. AJK program ni kerja dia tak banyak, kita cuma kena pastikan tentatif program yang dah dirancang, mengikut seperti yang dijadualkan semasa event berlangsung. Selain, itu mencari MC untuk program juga adalah tugas penting untuk AJK ini. Tapi nasib baik untuk event yang saya handle ni, banyak dibantu oleh guru-guru =)  So dekat bawah ni, saya nak share sedikit mengenai RUNNING ORDER program. Jadi, sesiapa yang nak jadikan sebagai contoh, dipersilakan. Logo Rasmi Program Sedasawarsa ANSARA 15 APRIL 2017 Programme Hrs 1500 SET UP ·        ...

Pernah tak kau terfikir?

Pernah tau kau terfikir, kenapa Allah takdirkan kau dan dia diletakkan dalam satu ruang yang sama? Satu kelas yang sama, satu tempat kerja yang sama? Pernah tak terfikir akan kebersamaan ini? Ok, fine, kalau yang fikir sebab , mungkin la dapat jodoh sebab dapat tempat sama. No objection from my side. Kau pandang dia ,  menawan/kacak, tak kena pada pandangan mata kau, but still she/he ‘s there. Dan kau pernah tak terfikir, yang kau nampak macam kacak/cantik, then kau rasa bangga? Itu biasa. Dia mungkin   menarik hati kau untuk dipandang, tapi dia juga lah yg mampu menundukkan pandangan mata kau untuk tidak meliar dengan lebih jauh. Pernah tak fkir hikmah tu? Dan , kau yang tadi bangga dengan wajah yang sempurna ..ye engkau. Kenapa kau ditakdirkan sebumbung dengan si dia yang biasa-biasa pada pandangan mata kau? Sebab dia yang biasa-biasa itu lah yang mampu menahan  pandangan matanya dari terus memandang kau. Faham tak? Sebab dia, Allah takdirkan mampu untuk me...

TEKS UCAPAN PERASMI #2

TEKS UCAPAN 2 UCAPAN PERASMIAN TEKS UCAPAN OLEH YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD GHAZI BIN SAMSUDIN PENGETUA MRSM GEMENCHEH SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAKAN MALAM ANSARA DAN PENUTUPAN SEDASAWARSA ANSARA 2017 DI DEWAN MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN 15 APRIL 2017, SABTU   Terima kasih Saudara/ saudari Pengerusi Majlis, Yang berhormat................. Yang berhormat................. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan............ Wakil-wakil Jabatan................. Barisan Tenaga Pengajar dan mantan tenaga Pengajar MRSM Gemencheh, Dan seterusnya staf-staf MRSM Gemencheh yang dihormati sekalian, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Selamat Petang, 1.        Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi menjayakan Ulang Tahun MRSM Gemencheh kali pertama sejak pembukaannya...