‘Pak cik, cuba tengok saya guna inhaler ni macam mana, nanti pakcik ikut saya ye’, kata Zahira sambil menggoncang kanister ubat sedut asma dan menyuakannya ke dalam mulutnya. Sejujurnya dia tidak pernah pun menggunakannya secara terus inhaler itu, semasa belajar. Tapi disebabkan pesakit ini terlalu istimewa, walau diulang banyak kali, pakcik ini menolak untuk menggunakan alat ini. Sudahnya, dia terpaksa meyakinkan pakcik ini dengan dia sendiri yang melakukan demonstrasi di hadapan pakcik ini. Pesakit ini telah di diagnosis menghidapi COPD atau Chronic Obstructive Pulmonary Diseases . Rawatan terbaik untuk penyakit ini adalah dengan memberikan inhaler yang memberikan kesan yang cepat sekiranya pesakit mengalami shortness of breath. Tak bestnya rasa inhaler ni. Zahira berkata dalam hati. Dia memandang pakcik itu, yang memang dari tadi memandang gelagat Zahira yang bersungguh-sungguh menunjukkan cara memakai alat itu. Tangan kanan Zahira menyeluk saku kot putihnya dan menge...